Friday, February 19, 2010

Kuman di seberang laut, nampak tetapi gajah di depan mata ........

Satu tamparan hebat bagi umat Melayu Islam yang bersungguh-sungguh memarahi KM P.Pinang berhubung perarakan Majlis Maulidul rasul. Berbagai kata nista dilemparkan hingga sanggup mencabar beliau mendedahkan minit mesyuarat exco yang sulit itu. Tapi hari ini bila 3 lagi negeri di bawah pimpinan Melayu Islam separti dengan mereka membuat keputusan yang sama.... terkelu lidah mereka agaknya. Setakat posting ini belum dengar lagi gegak gempita "pejuang" agama Melayu Islam ini membantah hasrat kerajaan Pahang, Johor dan Perlis itu. Inilah pejuang hipokrit sebenarnya. Perjuangan berdasarkan asobiah...Perjuangan sebegini adalah perjuangan yang sia-sia. Rugi dan sia-sia sahaja akal dan kesihatan yang Allah kurniakan kepada mereka. Kepada diri ini, Insaflah....kita semua akhirnya akan mati dan dipersoalkan segala nikmat dan apa yang kita kerjakan.

4 comments:

  1. kena pakai binokular baru nampak kot. x pun guna periskop, teleskop, mikroskop,stetoskop...serkop

    ReplyDelete
  2. elok la tu...

    tadi tengok sekejap temuramah dgn zahrain...nak tergelak rasanya cara dia jawab..ish..sih org politik ni memang tak tau malu..

    ReplyDelete
  3. yang hak itu jelas. yang batil juga jelas. cuma manusia saja kadang2 keliru

    ReplyDelete