Friday, February 12, 2010

Ketam mengajar anaknya berjalan betul




Sehari dua ini jiwa Nana kurang tenteram. Arahan diterima supaya hadir satu majlis yang akan dihadiri oleh YAB Tan Sri Tim. Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran. Program Juara Rakyat. Perkara yang membuatkan jiwa Nana tidak tenteram dan rasa nak marah ialah kenapa kementerian sudah menjadi kuda tunggangan kepada Parti politik.Kenapa begitu mudah menjadi orang suruhan parti politik. Dari pegawai tertinggi peringkat kementerian hinggakan pegawai di peringkat PPD semua diperkudakan. Yang menjadi mangsa ialah guru-guru. Bukankah perkeliling kementerian sendiri jelas menyatakan bahawa pegawai-pegawai kumpulan A tidak boleh terlibat dengan politik?. Tetapi kenapakan guru-guru dipaksa hadir ke majlis politik, Meskipun bertopengkan majlis kementerian?. Jika benar program ini merupakan program anjuran kementerian, kenapa pula dalam program terdapat nyanyian lagu parti politik?. Pening Nana dibuatnya, kerana yang hadir pula bukan calang-calang orang KPPM juga telah diperkudakan atau sebenarnya mereka sudah menjadi seperti "KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN BETUL"

3 comments:

  1. x boleh berpolitik utk parti pembangkang je kot

    ReplyDelete
  2. kami berat dah kena masa Shafei pengampu mahathir jadi pengarah, jln jeli sesak 6 jam hanya kerana paksa guru sambut mahathir di skm ayer lanas

    ReplyDelete