Monday, February 1, 2010

Bila si ibu melahirkan tuannya....

Hari ini pendaftaran ambilan kedua berlangsung di dewan besar SMTB. Nana ditugaskan untuk mengepalai bahagian pendaftaran dan sambutan ibu bapa. Sambutan daripada ibu bapa untuk sesi kali ini amat memberangsangkan. Lebih seratus pelajar baru tingkatan empat melapor diri. Perkara yang amat tersentuh jiwa Nana sebagai seorang guru dan bapa pada sesi pendaftaran pada sesi ini adalah dua peristiwa yang amat menyedihkan. Pertamanya ialah sikap seorang anak lelaki (murid) yang sanggup membiarkan bapanya menggalas beg pakaiannya yang berat sedangkan dia sendiri berlenggang dengan fail ditangan.Keduanya sikap seorang anak yang sanggup "memaki" ibunya dengan perkataan yang amat kurang sopan pabila siibu bersetuju dengan permintaan Nana untuk memotong rambutnya kerana mewarnakan rambut dengan warna yang pelbagai.Bayangkan siibu dimarahi oleh si anak kerana bersetuju dengan permintaan Nana.Dengan perasaan angkuh si anak terus beredar dari kaunter pendaftaran dan keluar dari kawasan sekolah.Sibapa dan ibu cuba memujuk, ego anak tidak kendur. Yang pasti maki hamun anak kepada ibu bapanya berterusan.... Ya Allah ampunkanlah hambaMu ini, jangan kau jadikan zuriat kami sebegini.Berilah petunjuk kepada kami semua, semoga kami tidak tergolong dalam golongan yang durhaka kepada ibu bapa.

2 comments:

  1. itula anak2 hari ini...adakah salah ibu mengandung atau salah anak yang dikandung...

    ramai pakar motivasi, guru, ahli akademik memikirkan dan berbincang..anak2 hari ini tidak mengikut ibu bapa sebagai model..tapi lebih terpengaruh dengan elemen2 atau orang lain di luar institusi keluarga...

    jika dulu ibu bapa terpelajar..kita akan kata anaknya pasti jadi doktor, lawyer...dll yang baik2...

    tapi hari ini anak gabenor bank negara pun jadi penyanyi..anak menteri juga jadi penyanyi...itu yang jadi model...rambut, gaya...semua lagak artis...

    anak2 hari ini nak bebas..bebas dari didikan ibu bapa...kononnya sudah boleh berdikari...ibubapa tidak perlu lagi..mereka tahu apa yang diingini...tapi wang ibu bapa juga yang ditagih..

    memang cabaran besar nak bina insan yang ihsan hari ini...kerana dalam diri anak ihsan itu sudah hampir hakis...

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya Rasulullah telahpun menyatakan tentang perkara ini iaitu keadaan masyarakat hari ini adalah lebih baik daripada keadaan masyarakat hari esok dan seterusnya. Oleh yang demikian janganlah kita terlalu berharap untuk melihat generasi hari easok lebih elok akhlaknya berbanding hari semalam.

    ReplyDelete