Wednesday, February 17, 2010

Biar mati anak, jangan mati adat.

Jangan terkejut dengan tajuk kali ini. Nukilan kali ini bukan untuk menyokong atau menyanggah sesiapa. Tajuk kali ini hanya ingin mengambarkan sikap orang Melayu pada adatnya. Mereka amat kuat berpegang pada adat hinggakan ada kalanya tidak tahu mana satu syariat mana satu maksiat, mana satu harus mana satu wajib, mana satu sunat mana satu adat. Sebenarnya umat Islam Melayu, ramai yang telah hilang fokus. Apabila kerajaan PP berhasrat menganjurkan Majlis maulud nabi tanpa disertakan acara perarakkan, ramai Melayu Islam di Malaysia yang membantah dengan bersungguh-sungguh. Bantahan dan perasaan tidak berpuas hati ini bukan sahaja diluahkan oleh mereka yang bukan dalam aliran agama sahaja, malah ada dalam kalangan yang berstatus muftipun sanggup terjerat dalam isu ini. Saya mengatakan bahawa ramai Melayu islam di negara kita telah hilang fokus kerana perkara perarakan ini hanyalah perkara yang harus sahaja. Dalam erti kata lain nak buatpun tidak mengapa, jika tidak dianjurkanpun tidak mengapa. Tidak menjadi sebarang kesalahan atau mendapat dosa bagi mereka yang tidak berarak apabila menyambut majlis Maulidul rasul.Tetapi perarakan itu mungkin boleh menjadi haram jika ia melibatkan unsur-unsur maksiat seperti pembaziran dan menyusahkan pelbagai pihak yang tidak terlibat dengan perarakan tersebut. Satu persoalan yang nana fikirkan ialah, kenapa golongan Melayu Islam yang bersungguh-sungguh membantah hasrat kerajaan PP ini tidak pula menunjukkan riaksi dan sikap yang sama apabila ada pihak yang ingin menghalang kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Hudud di negeri mereka. Malah lebih malang lagi ramai dalam kalangan mereka yang berpendidikan tinggi dalam agama sanggup mencari berbagai dalih untuk menyokong tindakan menghalang hasrat kerajaan Kelantan itu. Bukankah hal hudut ini merupakan perkara "wajib". Tidak ada dalil yang mengatakan hudut merupakan perkara harus yang jika tidak dilaksanakan adalah tidak menjadi satu dosa atau tanggungjawab mana-mana pihak. Nampaknya sekali lagi orang Melayu Islam di negara kita tertipu dengan sikap sesetengah pihak yang mengalih perhatian mereka kepada hal yang tidak penting seperti perarakkan ini. Sepatutnya cerdik pandai agama dan pemimpin masyarakat wajar membawa umat Islam di Malaysia kepada perkara yang lebih penting daripada isu berarak. Nampaknya memang betullah kata pepatah Melayu di atas, orang Melayu lebih sayangkan adat mereka berbanding anak mereka sendiri. Malang sungguh nasib Melayu sebegini. Tidak tahu mana satu yang perlu diutamakan.

2 comments:

  1. itu la bila kenduri kita kata buat yang wajib je tak yah sanding-sanding melenting mak-mak kita...adat dianggap wajib buat...

    jika ibu bapa pun dah keliru anak-anak lagi haru biru...itu yang jadi ada gotong royong di masjid tapi tak naik solat...anak-anak lelaki berduyun-duyun ke masjid hari jumaat tapi dok bersembang kat pagar masjid...

    ibu bapa nak di lihat anak-anak kita pergi masjid ok la tu...

    ReplyDelete
  2. dpt berarak lagi best. seluruh golongan rakyat dari marhaen, ulil amri sampai ke golongan bangsawan akan join. kalau kat dewan saja, mungkin golongan mat rempit dan geng punk tak sudi nak pi. segan

    ReplyDelete