Monday, July 20, 2009

Khazanah yang tersembunyi




Tidak ramai rakyat Malaysia yang sedar bahawa negara kita mempunyai khazanah alam yang tinggi nilainya. Baru-baru ini, kami warga SMTB telah berkesempatan menikmati sebahagian daripada khazanah alam yang indah tersebut. Bagi sesiapa yang tinggal di Kuala Kerai, tentu nama Gua Ikan tak asing buat mereka. Di situ terdapat beberapa gua yang cantik dan patut dilawati. Antara gua yang mencabar ialah Gua Gelab. Ruang masuk ke gua ini bukan sahaja gelap gelita malah sangat sempit. Hanya mereka yang sedang-sedang sahaja yang mampu melalui ruang yg sempit ini. Khazanah dalam gua ini sangat cantik dan ada kawasan yang dihiasi dengan batu-batu kristal yang bersinar cantik. Kepada pembaca yang berkesempatan ke Gua Ikan dan Gua-gua di sekitarnya.. tentu dapat menikmati keindahan ini. Jom kita ke sana..

4 comments:

  1. tolong carikan pawang kelawar kat dalam gua... teruk dan kelawar kat rumah

    ReplyDelete
  2. Bagus! anda sudah mula meminati khazanah2 lama

    ReplyDelete
  3. hemmm...bestnya dapat g lawat tempat gitu...

    kita kalu balik KB lalu jah dengan laju...

    setiap kali lalu anak2 tanya betul ke dalam gua tu ada musang?...

    kalu anak2 tau gua ikan...mesti lagi nak tau..ada ikan apa dalam gua tu?

    ReplyDelete
  4. kalau minat dgn gua, mailah ke rompin. kita pi taman negeri endau rompin. menarik dan mencabar

    ReplyDelete