Saturday, July 4, 2009

Hari pertama persekolahan

Semasa melapor diri pada 2 Julai yang lalu, diminta bertugas ke Kuala Berang, hari ini hari pertama persekolahan. Berselisih dengan tuan pengetua di depan pejabat. Sambil bertanya khabar dia ucapkan tahniah kerana berjaya menyelesaikan pengajian selama 2 tahun ini. Sambil tu sempat bertanya juga apakah tugas yang akan diberikan kepada saya kali ini. Sampai saat catatan ini ditulis, masih belum ada kata putus. jadi sempatlah menyusun semula tesis yang nak dikirim kepada Nasir nanti. Mungkin esok baru ada jadual. itupun jika mereka sedar yang diri ini sudah kembali ke SMT Besut. Tahniah juga kepada rakan-rakan yang dah tahu sekolah masing-masing. berkhidmatlah sebaik mungkin, Harapan menggunung diletakkan di bahu anda.

2 comments:

  1. Gunakan kekuatan yang ada di sm teknik termasuk duit-duit tu

    ReplyDelete
  2. betul kata pengomen pertama. jgn bazirkan begitu saja duit kerajaan.

    ReplyDelete