Saturday, May 30, 2009

Tahniah kepada semua

Sejak 28 mei lalu ramai rakan-rakan di IAB bergumbira kerana merayakan hari anugerah sijil dan diploma NPQH. Yang lebih menggembirakan ialah apabila diploma ini mendapat penarafan PTK. Tentu rakan-rakan seperti NIk, Nasir dan seumpamanya rasa berbaloi sebab keputusan ini boleh melengkapkan PTK yang lalu. Kegembiraan kita semakin berpanjangan apabila pada 29 Mei semalam keputusan peperiksaan semester 2 dah dikeluarkan. Ramai rakan-rakan berjaya menaikkan cgpa masing-masing. Tahniah. Itulah keberkatan bekerja sama dan berkongsi ilmu. Seperti kata Saidina Ali " Ilmu jika kita memberikannya kepada orang, ia semakin bertambah bukannya semakin berkurang". Betullah kata pepatah Melayu, maufakat membawa berkat. Ingat pesan ini. jadi jangan kedekut ilmu tau. Kongsi-kongsilah bersama terutama sepanjang semester khas ini. Tahniah kepada semua. dan terima kasih kepada semua maha guru yang membimbing kita di IPK dan di IAB jasa dan pengorbanan kalian ada ganjarannya di sana.

2 comments:

  1. pihak IKP9 Bloggers Network mengucapkan tahniah dengan kembalinya Nana Tanjung selepas menyepi seketika... teruskan berblog dan hasrat IPK9BN adalah mengumpulkan idea agar kita akan dikenali melalui buku, program atau apa sahaja yang memberikan manfaat kepada masyarakat. Harap tuan bersetuju.

    ReplyDelete
  2. Gembira tidak terkira...bila beratur menunggu giliran jantung berdegup kencang...
    tak kala melihat sijil di lipatan hati hancur berderai...penatnya mendaki puncak genting tiap mingguan..ini sahaja sijil yang ku perolehi c..c...c dan c...teruknya...

    sedih...sekali..

    Namun tahniah atas segala pengorbanan keluarga tercinta...

    ReplyDelete