Sesungguhnya memang benar janji di dalam Al Quran bahawa Allah bersama orang yang sabar. Semalam 11 Mei 2009 Mahkamah telah membuat keputusan. Semua orang dah tahu siapa yang halal dan siapa yang haram. Jika kita bermula dengan cara tidak betul... natijahnya juga akan tidak betul. Sukar diterima dalam dunia ini yang yang bermula secara tidak betul akan menjadi betul di akhirnya. Analoginya mudah: Sekiranya sepasang kekasih yang bermadu kasih dan akhirnya melahirkan benih cinta tanpa ikatan yang sah,akan menjadikan anak tersebut sebagai anak yang tidak sah kepada "bapanya" sampai bila-bila meskipun lelaki yang bermadu kasih tersebut berkahwin dengan ibu anak tersebut selepas kelahirannya. Begitu juga dengan apa yang berlaku di Perak. jika di awal perjalanan lagi jalannya sudah tidak betul.... bagaimana kesannya kepada tindakan-tindakan yang seterusnnya yang mereka ambil... Cuba fikirkan.
Sememangnya sifat sabar itu telah banyak memberikan keinsafan dan membimbing saya secara peribadi sepanjang dua tahun mengejar impian untuk mengenggam segulung sarjana. Sabar adalah kunci segala kekuatan peribadi dan semoga sifat ini terpahat dalam diri kita semua terutamanya yang bakal bergelar dan yang sudah bergelar pemimpin.
ReplyDeleteAda juga member kita yang sorok bahan menarik. Masa nak masuk dewan periksa baru tunjuk
ReplyDelete