Friday, June 5, 2009

Bab 4 punya cerita

Pagi tadi hampir 2 jam kena "basuh" dengan penyelia bila bentang bab 4. kalau kumpulan lain berbincang dengan penyelia, kami buat lengkap2, lepas tu bentang, tengok sama-sama dengan penyelia, Abu dan Yen. Yang itu tak konsisten, yang ini kena didahulukan, ayat ini tidak tepat. Rajah ni kena letak di depan, penerangan tentang rajah dan jadual perlu jelas dan bla...bla... bla.... Banyak yang kami belajar. Balik malam ni kena rehat dulu. Insyaallah esok buka balik bab 4 dan baiki mana yang patut. Lepas ni kena siapkan bab 5 pula. nampaknya kena berkampung lagi di perpustakaan minggu depan. Kalau tak buat macam tu... alamat tak siap bab 5 nanti. Minggu depan macam biasa Hari Jumaat kami berjumpa di Bilik Seminar 2 dari jam 10.00 hingga 1. kali ni harap Abu atau Yen jadi pembentang utama. kalau kena sekali lagi sebagai pembentang utama.... alamat.......Tapi tak mengapa semua itu untuk kebaikan bersama. Semangat mesti kuat nak habiskan projek ni.

3 comments:

  1. Bagusla tu dapat belajar dan buat yang terbaik. tapi takut betul tengok muka dia tadi...yen keruh je muka..
    tapi u kat depan tu relak je...

    ReplyDelete
  2. banyak belajar, blehla sambung phd pulok.Kita semua sama-sama nak habiskan projek dan marilah kita sama-sama juga ke dtc um hari selasa nanti pukul 8.30 pagi

    ReplyDelete
  3. Jumpa di UM pada hari selasa ini. Tahniah! anda hampir siap bab 4

    ReplyDelete