Wednesday, April 8, 2009

Adakalanya kejelikitan sangat sukar dibentuk

Hari ini ada dua majlis yang lain dari yang lain seperti hari-hari sebelum ini. Pertamanya jamuan kesyukuran dan satu lagi taklimat daripada agen pelancungan yang dipilih untuk menguruskan lawatan ke Jogja bulan depan, insyaallah. Majlis kesyukuran yang dijalankan nampak indah bukan saja kerana enaknya makanan tapi yang lebih manis ialah eratnya hubungan antara para pensyarah dengan pelajarnya. Semua pensyarah dan staf hadir meraikan jemputan walaupun mereka sibuk. Tapi kenapa ya ada antara rakan-rakan kita yang tidak tahu untuk meraikan program yang dianjurkan dalam kohort dan yang telah dipersetujui bersama. Adakah kerana kita masih belum akrab, atau lebih mementingkan perkara-perkara lain.....Fikirlah sejenak.

3 comments:

  1. Biasalah penting diri, mana2 pun ada

    ReplyDelete
  2. sifat keakuan yang tinggi menyebabkan kejelikitan sukar dijana dan diterjemahkan ke dalam mana-mana kumpulan manusia.

    Yang penting, setiap individu yang sedar akan kekurangan ini menjadi suri teladan dan biarkan petunjuk itu datangnya dari yang Maha Esa

    ReplyDelete
  3. Gelagat manusia memang kompleks dan sukar untuk dimengertikan...tapi bukan semua yang mementingkan diri dan tidak tahu menghargai usaha orang lain...Hari-hari terakhir di IPK kita mula mengenali hati dan budi rakan.. mana yang boleh dikatakan sahabat dan mana pula yang hanya baik bila ada kepentingan diri..ilmu mengenali insan amat berguna untuk menjadikan kita pemimpin yang hebat...

    ReplyDelete